Selasa, 1 Februari 2011

MJK...Satu Permulaan... :-)


Salam Mahabbah buat semua..
"Melangkah lagi setapak,menuju medan ledakan ilmu"
Alhamdulillah sudah 57 tahun Kolej Islam berdiri megah dan terus menjadi pusat lahirnya ilmuan-ilmuan yang menjadi aset dalam kesinambungan dakwah Islam. Gemilangnya Kolej Islam bukan letaknya pada kehebatan dalam akademik semata,namun hebatnya juga dari sudut pengajian ilmu agamanya. Terima kasih buat barisan pentadbiran Kolej Islam yang banyak mengatur dan merencana program-program ilmiah bagi melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan terbilang. Suka untuk saya mengungkapkan Hadaf Kolej Islam yang di letakkan oleh para ulama terdahulu iaitu "Li Takhrij Al Qadah Al Muttaqin Al Muthaqqafin"(melahirkan pemimpin yang bertaqwa dan intelektual),sebagai satu motivasi buat kita semua agar sama-sama menjayakan matlamat ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Dr. Zulkifli Mohamad yang merupakan orang yang bertanggungjawab dalam pembentukan Kolej Islam 57 tahun yang lalu. Jasanya sungguh bermakna buat semua penghuni bumi Malaysia.

InsyaAllah pada 7/2 ini,pelajar-pelajar Tingkatan 4 bakal mendaftar di Bumi Waqafan.Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum buat semua.Generasi ke 57 bakal memulakan kembaranya di Bumi Waqafan ini. Diharapkan agar semua pelajar tingkatan 4 sudah bersedia mental dan fizikal bagi menempuh dugaan dan cabaran sepanjang pengembaraan ini. Suka untuk saya maklumkan bahawa Minggu Orientasi atau lebih masyhur dengan Minggu Jalinan Kasih (MJK),bakal bermula pada 7/2 ini. Program ini akan berlangsung selama seminggu. MJK merupakan program pertama buat semua pelajar tingkatan 4. InsyaALLAh pada minggu ini pelajar-pelajar akan didedahkan dengan lebih awal berkenaan 5 unique in Kisas, Pembentukan Akhlak Islamiyyah dan suasana ilmu di Kolej Islam. Saya kira ramai yang sudah menanti kedatangan generasi 57 ini, yang berada dalam tingkatan 5,sudah tidak sabar dengan gelaran abang dan kakak. Lain pula yang berada dalam tingkatan 6, tidak sabar menjadi abang long dan kak long(lebih senior dari yang lain).

Apapun saya mengharapkan bahtera Kolej Islam pada tahun 2011 ini dapat belayar dengan penuh ketenangan dan semua insan yang berada di dalamnya saling bantu-membantu, yang susah sama ditempuhi,yang senang sama dirasai. Saya mengharapkan doa dari semua agar Kolej Islam sentiasa dipelihara oleh ALLAH dan sentiasa mendapat redha-NYA. Akhir kalam, pesanan buat semua warga Kolej Islam agar dapat bersiap sedia bagi menyambut kedatangan generasi 57 pada 7/2 ini. Buat adik-adik tingkatan 4 yang baru,ingatlah, "kedatanganmu dirai,kegemilanganmu di nanti". wassalam.

2 ulasan:

  1. insyaAllah.. moga2 pelajar2 baru dapa meneruma tarbiyyah dengan hati yg terbuka
    juga kepada abg2 dan kakak2, moga2 Allah memudahkan dan memberi kekuatan dalam usaha murni menerapkan tarbiyyah Islamiyyah pada adik2... =)

    BalasPadam
  2. All the best utk freshie :D



    Sayang kolej Islam :)

    BalasPadam